Thursday, November 27, 2008

TAKLIMAT PRASEKOLAH TAHUN 2009

SRTJ-Pada 26hb Nov. 2008 bertempat di bilik Komputer Sekolah Rendah Tanah Jambu telah berlangsung satu taklimat mengenai prasekolah bagi sesi 2009. Taklimat tersebut diadakan bertujuan untuk mengenalkan kepada ibu bapa dan penjaga murid-murid pra yang akan memulakan persekolahan tahun 2009.

Taklimat tersebut disampaikan oleh pmk. guru besar SRTJ, iaitu Cikgu Hjh. Sahinah bte Hj Sidop yang menerangkan serba sedikit mengenai peraturan-peraturan sekolah. Selepas itu Cikgu Rafidah bte Husaini pula menyampaikan mengenai selok-belok prasekolah terutama dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan oleh murid-murid prasekolah.

Taklimat pada hari tersebut dihadiri oleh para ibu bapa dan penjaga yang anak-anak mereka akan memulakan persekolahan pada tahun 2009. Selesai taklimat, ibu bapa dan penjaga murid-murid dijamu dengan jamuan yang disediakan oleh pihak sekolah.

No comments: