Monday, February 16, 2009

Ceramah Motivasi Mengenai Teknik Belajar Cemerlang

Hari / Tarikh: Sabtu / 14hb Februari 2009
Tempat: Bilik Komputer SRTJ
Sasaran: Murid-murid Darjah 6

Pada hari Sabtu yang lepas, satu ceramah motivasi mengenai Teknik Belajar Cemerlang telah diadakan. Ceramah tersebut disampaikan oleh Cikgu Haji Mat Dani bin Haji Abu Bakar, iaitu guru besar Sekolah Rendah Tanah Jambu.

Tujuan ceramah motivasi ini diadakan adalah untuk mengajar dan membimbing murid-murid darjah 6 yang akan menghadapi peperiksaan PSR dalam membuat jadual waktu belajar, menguruskan masa belajar dengan baik dan juga untuk meningkatkan semangat untuk berjaya dalam peperiksaan PSR nanti.

Turut menghadiri ceramah pada hari tersebut ialah guru-guru yang mengajar Darjah 6 dan juga pembantu kaunselor sekolah tersebut, iaitu Cikgu Fauziah Haji Abd Hamid.
Cikgu Haji Mat Dani bin Haji Abu Bakar, guru besar SRTJ.
Murid-Murid mendengar ceramah dengan penuh tekun.
Aktiviti juga diadakan dalam ceramah tersebut.



Murid-murid mengisikan jadual waktu belajar.


No comments: