Tarikh: 28hb Feb.2009
Hari: Sabtu.
Masa: 7.30 - 10.00 Pagi.
Pada 28hb Feb. 2009 yang lepas, SRTJ telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Yang Ke 25 Tahun. Bermacam-macam acara telah diadakan seperti kuiz, mewarna bendera, mengarang dan juga pertandingan koir bagi murid-murid rendah atas. Acara bagi kuiz, mewarna bendera dan juga mengarang telah dijalankan lebih awal sebelum majlis ini berlangsung.Dalam petandingan koir, murid-murid Tahun 6 telah mndapat tempat pertama. Tahun 4 pula memenangi tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh murid-murid Tahun 5. Dalam sambutan ini juga diadakan pertandingan pakaian tercantik. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh guru kanan akademik, iaitu Cikgu Fauziah bte Hj Abd Hamid bagi pemenang-pemenang kuiz, mewarna dan mengarang. Pada hari tersebut, murid-murid dan guru-guru memakai pakaian tradisional yang bertemakan warna bendera Negara Brunei seperti kuning, hitam, putih dan merah. Cuba teka guru yang berdiri di belakang sekali....
murid-murid rendah bawah

murid Tahun 2 dengan wajah yang ceria dan bersemangat

muri-murid pra

murid-murid pra menyanyikan lagu Allah Peliharakan Sultan


tempat ke 2 pertandingan koir, murid-murid Tahun 4

Tempat ke 3 pertandingan koir (Tahun 5)


Pemenang tempat pertama pertandingan koir (Tahun 6)