Wednesday, March 18, 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W

Tarikh: 12hb Mac 2009
Hari: Khamis
Masa: 7.30 - 10.00 Pagi.

Pada hari Khamis yang lepas, SR Tanah Jambu telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Cikgu Abdul Malik Faizal. Selepas itu guru besar SRTJ iaitu Cikgu Haji Mat Dani bin Haji Abu Bakar menyampaikan ceramah mengenai Nabi Muhammad S.A.W kepada semua murid-murid yang hadir.

Berbagai acara diadakan seperti kuiz, pertandingan azan subuh, membaca ayat-ayat lazim dan membaca surah Al-Fatihah bagi murid-murid pra sekolah. Hadiah-hadiah disampaikan oleh guru besar iaitu Cikgu Haji Mat Dani bin Haji Abu Bakar.




























No comments: